10/06/2026
PEMAKLUMAN
Selamat datang ke SK Bukit Naga diucapkan kepada Cikgu Nur Amanina Binti Zulkifli yang telah memulakan tugas sebagai guru di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Bukit Naga pada 10 Jun 2026.
Semoga kehadiran beliau dapat memperkukuh kecemerlangan pendidikan serta memberikan sumbangan yang bermakna kepada warga sekolah, khususnya murid-murid PPKI.
Selamat Menjalankan Tugas dan Selamat Maju Jaya.
10/06/2026
π· Selamat Datang ke Keluarga Besar SK Bukit Naga π·
Warga SeNaGA dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran Cikgu Nur Amanina Binti Zulkifli yang melapor diri pada 10 Jun 2026 sebagai guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
Semoga kehadiran cikgu dapat menambah kekuatan dan kecemerlangan warga pendidik SK Bukit Naga dalam mendidik serta membimbing anak-anak murid ke arah kejayaan yang lebih gemilang.
Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang dalam menyemai bakti serta mencurahkan ilmu demi masa depan generasi pewaris bangsa.
β¨ Bersama Mendidik, Bersatu Membina Generasi Cemerlang.
π
08/06/2026
π’ Selamat Datang & Selamat Maju Jaya π’
Warga SK Bukit Naga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Ahmad Basri atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di SK Bukit Naga. Semoga terus melakar kejayaan, diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan di sekolah baharu.
Dalam masa yang sama, kami mengalu-alukan kehadiran Cikgu Muhammad Rasyid bin Ismail sebagai warga baharu SK Bukit Naga. Semoga kehadiran beliau membawa semangat, idea dan inspirasi baharu dalam usaha memperkasakan kecemerlangan pendidikan serta kebajikan murid-murid SK Bukit Naga.
Terima kasih atas segala jasa yang ditinggalkan, dan selamat datang kepada ahli keluarga baharu SK Bukit Naga. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus mekar demi kecemerlangan bersama.
β¨ "Setiap perpisahan bukanlah pengakhiran, tetapi permulaan kepada perjalanan yang lebih bermakna." β¨
π₯π
07/06/2026
Selamat Kembali ke Sekolah!
Warga sekolah mengalu-alukan kehadiran semua murid bagi memulakan sesi persekolahan dengan penuh semangat, disiplin dan komitmen ke arah kecemerlangan.
07/06/2026
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Jaring SeNAGA atas kejayaan mendapat Tempat Ketiga dalam pertandingan SELANGOR YOUTH NETBALL CHALLENGE 2026 bertempat di Warna Avenue Strand Mall Kota Damansara pada 06.6.2026 (Sabtu) bermula pukul 8:00 pagi hingga 8:30 malam.
Terima Kasih kepada guru yang terlibat iaitu Cikgu Wan Zanariah, Ustazah Khatijah, Cikgu Majdah dan Cikgu Nasyrah. Tidak dilupakan juga terima kasih kepada ibu bapa yang hadir memberi sokongan.
Moga pasukan Bola Jaring SK Bukit Naga terus cemerlang pada masa hadapan.
24/05/2026
*MAKLUMAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PIBG SK BUKIT NAGA*
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa pengumuman keputusan pemenang bagi Pertandingan Mencipta Logo PIBG SK Bukit Naga adalah *ditangguhkan* sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Sehubungan itu, panel hakim telah sebulat suara memutuskan untuk *membuka semula pertandingan bagi memberi peluang kepada lebih ramai penyertaan.*
Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga SK Bukit Naga dan hendaklah mematuhi syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan seperti sebelum ini.
π
Tempoh penyertaan semula:
*23 Mei 2026 hingga 14 Jun 2026*
Kerjasama dan sokongan semua amat dihargai. Terima kasih.
-PIBG SK Bukit Naga-
24/05/2026
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Jaring SeNAGA atas kejayaan mendapat Tempat Keempat dalam pertandingan YANC X HEVEA NETBALL CARNIVAL bertempat di Padang Hevea Arena RRI, Sungai Buloh pada 23.5.2026 (Sabtu).
Terima Kasih kepada guru yang terlibat iaitu Cikgu Wan Zanariah, Cikgu Majdah, Ustazah Khatijah, Cikgu Hasliza dan Cikgu Nasyrah. Tidak dilupakan juga terima kasih kepada ibu bapa yang hadir memberi sokongan.
Moga pasukan Bola Jaring SK Bukit Naga terus cemerlang pada masa hadapan.
23/05/2026
SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA
TARIKH: 22 MEI 2026
HARI: JUMAAT
TEMA PAKAIAN: COLOUR BLOCK
Sambutan Hari Guru tahun ini tampil lebih ceria dengan tema Colour Block yang melambangkan kepelbagaian bakat, semangat dan personaliti warga pendidik dalam mencorakkan dunia pendidikan. Setiap warna membawa makna tersendiri β kasih sayang, kesabaran, ketegasan dan dedikasi β yang akhirnya bersatu membentuk satu kekuatan besar demi anak bangsa. ππππ
Guru bukan sekadar mengajar, tetapi membina harapan, menyulam impian dan mencorakkan masa depan. Terima kasih atas setiap ilmu, nasihat dan pengorbanan yang dicurahkan.
Selamat Hari Guru 2026
βGuru Bitara Nadi Negaraβ π·
Berjalan kaki menyusur kali,
Singgah sebentar di tepi muara;
Jasa dan bakti tetap di hati,
Guru Bitara Nadi Negara.
22/05/2026
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2026
Hari: Isnin-Khamis
Tarikh: 18-21 Mei 2026
Tempat: Universiti Islam Selangor
Peringkat: Negeri Selangor
PENGLIBATAN (MURID):
πARIQ SAIF DARWISY BIN AMIR YUSRI (6E)
PENCAPAIAN:
πNAIB JOHAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada saudara Ariq Saif yang mewakili sekolah dan daerah Klang (Pasukan Klang A) bersama rakan pasukan daripada SK Rantau Panjang dan SK Meru dan beraksi di pentas akhir serta merangkul Naib Johan.
Sekalung penghargaan dan tahniah juga kepada jurulatih hebat daerah Klang Asfarina Fathin Redzuan, pengurus pasukan dan ibu bapa atas usaha, bimbingan dan sokongan padu yang telah diberikan.
Di sebalik kejayaan yang indah ini, tersimpan seribu satu pengorbanan. Tidak semua perjuangan terlihat di mata, namun setiap langkah bersama itulah yang akhirnya membawa pasukan ini berdiri megah di pentas akhir negeri.
Semoga kejayaan yang dilakar menjadi pemangkin inspirasi kecemerlangan pada masa akan datang.β¨πͺπ»
22/05/2026
Alhamdulillah, selesai sudah majlis penyampaian Sumbangan Duit Raya Aidiladha kepada murid-murid terpilih bagi sesi pagi dan sesi petang pada 22 Mei 2026.
Semoga sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan dan menggembirakan hati anak-anak murid dalam menyambut Aidiladha yang bakal tiba.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada AKRAB PPD Klang atas sumbangan dan keprihatinan yang diberikan.
Semoga segala usaha dan kebaikan ini mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.