01/06/2026
Cuti sekolah dah tiba! Pasti ibu ayah tengah fikir nak buat apa dengan anak-anak, kan?
Daripada anak menghadap skrin sepanjang hari, apa kata cuba aktiviti ni:
Jelajah Ilmu: Bawa anak ke Pesta Buku (PBAKL). Pupuk minat membaca sejak kecil!
Kembara Alam: Melawat muzium atau taman sains. Biar mereka lihat kebesaran ciptaan Allah di luar sana.
Masa Berkualiti: Ajak anak bantu buat kerja rumah yang mudah. Tanggungjawab kecil membina jati diri besar!
Pendidikan bermula dari rumah, diteruskan di tadika.
Pusat Pendidikan Islam Al-Firdaus sentiasa menyokong pertumbuhan anak-anak yang seimbang dunia dan akhirat.
p/s: Pendaftaran 2027 kini dibuka!
wasap.my/601133977706/daftar2027
24/05/2026
Mengapa Sukan Mingguan Wajib di Tadika Al-Firdaus? πββοΈπββοΈ
Ramai ibu bapa bertanya, kenapa perlu ada waktu khas untuk bersukan setiap minggu? Jawapannya mudah: Kami percaya pendidikan bukan sekadar di meja tulis.
Di Tadika Al-Firdaus, kami mengintegrasikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada kurikulum untuk memastikan:
Pelepasan Tenaga Positif: Anak-anak lebih tenang dan bersedia untuk sesi pembelajaran selepas bersukan.
Kemahiran Sosial: Melalui permainan berkump**an, mereka belajar erti sabar, menunggu giliran, dan bekerjasama.
Kesihatan Jantung & Otot: Membentuk asas fizikal yang kuat sejak kecil.
Kami bukan sekadar mengajar, kami membentuk generasi yang sihat jasmani dan rohani.
π’ Jom sertai keluarga besar Tadika Al-Firdaus!
π Klik sini untuk pertanyaan lanjut:
wasap.my/601133977706/daftar2027
20/05/2026
Comel tak hasil tangan anak-anak ni? π
Nampak macam aktiviti biasa, tapi sebenarnya banyak kemahiran dipelajari:
π± fokus
π± koordinasi tangan
π± sabar
π± keyakinan diri
Yang pentingβ¦ mereka gembira datang belajar β€οΈ
P/s: Pendaftaran 2027 kini dibuka! Daftar sekarang.
wasap.my/601133977706/daftar2027
16/05/2026
Selamat Hari Guru | 16 Mei 2026 π·
Buat semua guru di Pusat Pendidikan Islam Al-Firdaus, terima kasih atas kesabaran, kasih sayang dan pengorbanan dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang beriman, berilmu dan berakhlak.
Setiap huruf yang diajar, setiap nasihat yang diberi, dan setiap doa yang dipanjatkan β semuanya menjadi bekal berharga untuk masa depan anak-anak.
Semoga Allah memberkati setiap langkah para pendidik yang ikhlas mencurah ilmu dan membimbing generasi kecil menuju kebaikan. π€
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Jasa kalian sentiasa dikenang.
07/05/2026
π Pendaftaran Tadika 2027 Kini Dibuka! π
Tempat terhad untuk si kecil belajar, bermain & membina akhlak sejak awal usia β€οΈ
π Pembelajaran Islamik & akademik
π¨ Aktiviti menarik dan menyeronokkan
π©βπ« Guru penyayang & mesra kanak-kanak
π Hubungi sekarang: 011-3397 7706
Jangan tunggu penuh baru nak daftar π
05/05/2026
Harta yang paling berharga bukan emas atau perak, tapi Anak-Anak yang Soleh & Solehah. β€οΈ
Sebagai ibu bapa, hadiah terbaik yang boleh kita berikan setiap hari adalah doa yang tulus.
Jom amalkan doa ini agar anak-anak kita sentiasa diberkati, dijauhkan daripada kemudaratan, dan lembut hati untuk berbakti kepada orang tua.
Lentur buluh biarlah dari rebungnya. Berikan mereka persekitaran ilmu, iman, dan akhlak yang terbaik di Pusat Pendidikan Islam Al-Firdaus.
β¨ PENDAFTARAN SESI 2027 KINI DIBUKA! β¨
Jangan tunggu saat akhir, tempat adalah terhad. Pastikan masa depan ukhrawi anak anda bermula di sini.
π Hubungi kami sekarang untuk info lanjut:
π wasap.my/601133977706/daftar2027
04/05/2026
Indahnya Nabi, Hingga Tak Mampu Terlukis Dek Akal
Suasana dalam perhimpunan pagi itu tenang. Sinar matahari pagi masuk di celah tingkap, menyuluh wajah-wajah suci anak-anak yang tekun mendengar.
Selepas selesai menyampaikan pesanan tentang pentingnya menjaga solat, adab dan akhlak, Ustaz Naim baru sahaja ingin menutup bicara. Tiba-tiba, satu tangan kecil di barisan depan terangkat tinggi.
"Ustaz... Akid ada soalan," suaranya kedengaran sangat ingin tahu.
Ustaz Naim tersenyum, "Ya, Akid. Ada apa tu? Bunyinya macam soalan besar."
Satu kelas jadi sunyi. Murid-murid lain mula memandang ke arah Akid.
"Ustaz, kenapa kita tak boleh lukis gambar Nabi Muhammad?"
Soalan itu ringkas, tapi sangat mendalam. Ustaz Naim merendahkan sedikit badannya supaya setaraf dengan ketinggian Akid. Beliau memandang mata anak kecil itu dengan penuh kasih.
"Akid... kawan-kawan semua," Ustaz Naim memulakan jawapan. "Bayangkan kita ada sehelai kertas yang paling putih di dunia. Dan kita ada beribu-ribu warna yang paling cantik di dunia. Tapi, walaupun kita guna semua warna tu, kita tetap takkan mampu nak lukis wajah Nabi. Kenapa? Sebab Nabi Muhammad SAW itu terlalu indah, terlalu mulia, dan terlalu bercahaya untuk ditiru oleh tangan manusia."
Ustaz Naim menyambung lagi dengan nada yang lebih serius namun lembut: "Selain itu, Allah nak jaga iman kita, Akid. Cuba bayangkan kalau ada lukisan wajah Nabi... Lama-lama nanti, ada orang yang mungkin tersalah faham. Mereka mula letak bunga, tunduk hormat, dan akhirnya mungkin menyembah lukisan itu lebih daripada menyembah Allah. Kita tak mahu itu berlaku, kan?" Akid mengangguk faham.
Ustaz Naim kemudian menyentuh isu yang lebih dekat dengan dunia hari ini. "Lagi satu Akid, zaman sekarang ni zaman canggih. Ada teknologi AI. Orang boleh buat gambar dan video yang nampak macam betul-betul manusia hidup. Kalau kita benarkan wajah Nabi dilukis, nanti orang akan gunakan AI untuk buat video yang bukan-bukan tentang Nabi. Kita tak mahu imej Nabi yang suci dipermainkan oleh mesin atau teknologi."
Akid terdiam sejenak, wajahnya nampak berfikir. "Ooo... maksudnya rupa Nabi itu terlalu istimewa sampai tak ada warna yang cukup, dan terlalu suci untuk diganggu oleh komputer ya Ustaz?"
"Tepat sekali, Akid. Hebat jawapan Akid!"
Ustaz Naim kembali berdiri tegak. "Jadi kawan-kawan, kalau kita rindu Nabi, jangan kita cari lukisan wajahnya. Tapi kita amalan sunnah nabi seperti buat baik kepada orang lain. Boleh?"
"BOLEH, USTAZ!" sahut anak-anak itu serentak.
Pagi itu, perhimpunan bersurai bukan sekadar dengan pesanan adab, tapi dengan satu benteng iman yang mula dibina dalam jiwa kecil mereka.
*p/s: daripada kisah sebenar dengan sedikit penambahan sebagai elemen penceritaan
Pendidikan di tadika Al-Firdaus bukan sekadar di dalam buku.
Kami menyantuni setiap persoalan anak-anak dengan hikmah dan logik yang mudah mereka fahami, selari dengan cabaran zaman moden hari ini. β¨
Slot pendaftaran untuk sesi akan datang kini dibuka. Jom bimbing anak-anak kita mengenal agama dengan penuh cinta dan ilmu.
π² Hubungi kami di: wasap.my/601133977706/daftar2027
πLokasi: Jalan Jati, Kampung Melayu Subang
25/04/2026
π PENGAMBILAN MURID SESI 2027 DIBUKA SEKARANG! π
Pusat Pendidikan Islam Al-Firdaus kini membuka pendaftaran bagi sesi 2027!
Berikan anak permulaan terbaik dalam suasana pembelajaran yang:
βοΈ Berteraskan Al-Quran & Sunnah
βοΈ Menitikberatkan akhlak & adab
βοΈ Seimbang dunia & akhirat
βοΈ Pembelajaran interaktif & menyeronokkan
Kemasukan untuk:
4 Tahun
5 Tahun
6 Tahun
Apa yang anak akan belajar?
π Asas membaca Al-Quran & Iqraβ
π§ Akademik awal (BM, BI, Matematik,Sains)
π€² Amalan harian & doa-doa
π§ββοΈ Pembentukan sahsiah & disiplin
π Kami bukan sekadar mendidik, tetapi membina jiwa anak-anak menjadi insan soleh dan solehah.
Dipercayai ibu bapa lebih 20 tahun!
π Tempat adalah TERHAD!
π Hubungi sekarang untuk maklumat lanjut / lawatan:
π wasap.my/601133977706/daftar2027