Darunnawawi

Darunnawawi

Share

•PENGAJIAN FARDHU AIN
•PENGAJIAN AL-QURAN
•SEMINAR & KURSUS BERKAITAN PENGAJIAN ISLAM
•SESUAI SEMUA PERINGKAT UMUR

12/06/2026

Jangan biarkan kesusahan menjauhkan kita daripada Allah atau memadamkan harapan dalam hati.

Semakin berat ujian yang dihadapi, semakin kita perlu yakin bahawa Rahmat Allah itu luas.

✨ *Jom hadir ke majlis ilmu Jalan Keluar dari Kesusahan untuk memahami hikmah setiap kesusahan yang dihadapi.* ✨

Marilah berilmu dan beramal.

*🎊JOM KE PENGAJIAN BUSTANUL A'RIFEEN DARUNNAWAWI*
✳️ Hari : Setiap Jumaat
✳️ Masa : Jam 9.00 malam
✳️ Tempat : Pusat Kecemerlangan Pengajian Islam Darunnawawi, U12 Shah Alam
📍https://maps.app.goo.gl/5F9zq63B3oFV9fn8A
✳️ Penceramah : Ustaz Muhammad Dzulfikri

💎 Bacaan Kitab Akidah Sirotul Mustaqim
💎 Nasihat Ulama'

قال رسول الله :
"لا يشبع مؤمن من خير يسمعه حتى يكون منتهاه الجنة" -رواه الترمزي.

📌 Orang mukmin tidak pernah kenyang/tidak pernah puas dari kebaikan ilmu yg dia dengari atau pelajari sehinggalah kesudahannya adalah syurga

📢 *Masuk adalah percuma*

10/06/2026

Semoga hati-hati bangkit segar untuk bersegera melakukan ketaatan dan khidmat kepada agama.

09/06/2026

Sifat Allah: Al Iradah (Allah maha berkehendak)

Segala sesuatu di alam ini adalah atas kehendak Allah. Tiada perkara yang berlaku di alam ini tanpa kehendak Allah.Semua perkara yang baik dan yang buruk ianya adalah dengan kehendak Allah.

Allah berfirman dalam Surah Al-Takwir ayat 29;
وَمَا تَشَاؤُونَ إِلَّا أَن يَشَاء اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Kehendak Allah tidak sama seperti kehendak manusia. Kehendak manusia berubah manakala kehendak Allah tidak berubah. Apa yang Allah kehendak (sejak azali) untuk berlaku, ianya pasti akan berlaku manakala apa yang Allah tidak kehendak (sejak azali) untuk berlaku, ianya pasti tidak akan berlaku.

05/06/2026

Rasulullaah صلى الله عليه وسلم telah bersabda yang mafhumnya:

"Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih diredhai oleh Allaah daripada seorang mukmin yang lemah. Dan pada kedua-duanya ada kebaikan".
(HR Muslim)

Jika ingin lebih tahu makna hadith ini, jom hadir ke Dars Bustanul 'Arifeen malam ini, In Shaa Allah.

03/06/2026

Antara Sifat Allah ialah Sifat Al Qudrah (Yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu)

Tiada sesuatu yang mengalahkan-Nya atau menghalang-Nya daripada mencipta apa yang Dia kehendak.

Allah berkuasa mengeluarkan sesuatu daripada tiada kepada ada.

Allah berkuasa ke atas setiap perkara yang harus pada akal ianya ada dan tiada iaitu seluruh makhluk.

29/05/2026

Perhatian

Program Pengajian Bustan Arifien pada malam ini ditangguhkan ke minggu hadapan.

Sekian terima kasih.

Photos from Darunnawawi's post 25/05/2026

Berdoa di Hari Arafah

Marilah kita semua memanfaatkan peluang mengecapi hidup pada hari ini iaitu Hari Arafah. Hari Arafah merupakan Sebaik-baik hari dalam setahun.

Besar fadhilatnya seperti doa dimustajabkan dan Dosa diampunkan.

Orang-orang Islam yang berwukuf di Arafah ketika menunaikan Fardhu Haji. Mereka akan memperbanyakkan amalan seperti berdoa, membaca Al Quran, berzikir di Hari Arafah untuk meraih fadhilatnya.

Begitu juga kaum Muslimin yang tidak berkesempatan menunaikan haji dan berwukuf di Arafah, kita boleh berdoa kepada Allah di hari yang baik ini.

Mudah-mudahan doa kita dikabulkan.

25/05/2026
25/05/2026

🎀FIQH WANITA : DAWRAH HAID, NIFAS & ISTIHADAH🎀

Jom dapatkan konsultasi dan pencerahan berkaitan permasalahan fiqh wanita.Hanya 3 jam sahaja selesaikan banyak masalah wanita sepanjang hidup

《 《 MUSLIMAT SAHAJA 》》

🔹 Penceramah:
Ustazah Iman Najihah Halim
(Pensyarah IPTS Diiktiraf – Bertauliah JAIS, MAIWP & MAINS)

🗓 Tarikh: Sabtu, 20 Jun 2026
🕘 Masa: 9.00am– 12.00pm
📍 Lokasi: Darunnawawi Seksyen U12 Shah Alam

💰 Yuran Sumbangan: RM30/RM15 (pelajar)

💟Pengajian Ilmu fiqh wanita FULL SET (Haid, Nifas & Istihadah) disediakan khas untuk para muslimat sahaja.

📲 Jom daftar segera.Tempat terhad👇
https://forms.gle/oGxzx7Ch2SqRfUF86

MAKLUMAT LANJUT :
www.wassap.my/601173875884/fiqhwanita

24/05/2026

Checklist Hari-Hari penting sempena bulan Dzul-hijjah

Jom gandakan amalan kerana Allaah taala

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


17-2, Jalan Pegaga G U12/G, Desa Alam
Shah Alam
40170