PASTI Shah Alam

PASTI Shah Alam

Share

Pasti Shah Alam

16/05/2026

Selamat Hari Guru.

Selamat Hari Guru

Guru bukan sekadar penyampai ilmu,
tetapi pembina akhlak, pencorak masa depan dan pencetus harapan.

Pemuda PAS Shah Alam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pendidik yang sabar mendidik, tabah membimbing dan ikhlas berbakti.

Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi saham akhirat,
dan setiap jasa dikenang sepanjang hayat.

“Guru Pemangkin Ilmu, Murid Inspirasi Bangsa.”

16/05/2026

🌹 Selamat Hari Guru 🌹

Pihak PASTI Kawasan Shah Alam merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh guru PASTI yang terus setia menabur bakti mendidik anak anak dengan acuan islam.

Menjadi guru di PASTI bukan sekadar satu kerjaya, bahkan satu perjuangan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Dalam dunia hari ini, terdapat pelbagai peluang pekerjaan lain yang mungkin menawarkan kehidupan yang lebih selesa. Namun, di sebalik semua pilihan itu, guru tetap memilih jalan mendidik, membimbing dan membentuk jiwa anak anak kecil dengan penuh sabar serta kasih sayang.

Ada antara guru yang telah lama bersama PASTI, bertahun tahun mencurah ilmu dan tenaga, namun semangat itu tidak pernah pudar. Guru tetap hadir dengan senyuman, terus mengajar dengan tekun, dan tidak pernah jemu menanam asas ilmu, iman serta akhlak kepada anak anak seawal usia mereka.

Sesungguhnya jasa seorang guru tidak mampu dibalas dengan nilai wang ringgit. Setiap huruf yang diajar, setiap adab yang dibentuk, dan setiap doa yang dipanjatkan buat anak didik menjadi saham akhirat yang berpanjangan.

Terima kasih kerana memilih untuk terus menjadi pendidik bangsa. Kejayaan sesuatu Negara bergantung paga generasi muda. Kejayaan generasi muda adalah bermula dengan didikan dari guru semua.

Terima kasih, guru. Selamat Hari Cikgu 🌷



Photos from PASTI Shah Alam's post 06/05/2026

🏆 TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH KHAS HARI GURU PASTI KAWASAN SHAH ALAM 2026 🏆

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah atas pengiktirafan yang diberikan sempena Sambutan Hari Guru PASTI & SRITI Shah Alam 2026.

✨ Anugerah Buku Persediaan Mengajar Terbaik
🥉 Pn. Zamhariro binti Ghazali (PASTI Al-Quds)
🥈 Pn. Nuurul Huda binti Ismail (PASTI Al-Quds)
🥇 Pn. Noraini binti Saidon (PASTI Az-Zahrah 4)

✨ Anugerah Guru Inovatif
Muallimah Nor Asiah binti Ramli
(PASTI Az-Zahrah 2)

✨ Anugerah Tokoh Khidmat Setia
Muallimah Syafiah binti Zulkefli
(PASTI Az-Zahrah 1)

✨ Anugerah Guru Cemerlang
Atitas binti Ibrahim
(PASTI Baitul Ikhwah 1)

Pengiktirafan ini adalah lambang penghargaan atas segala pengorbanan, dedikasi dan komitmen dalam mendidik generasi pewaris ummah.

“Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah”

Semoga terus istiqamah menabur bakti demi agama, bangsa dan ummah.




Photos from PASTI Shah Alam's post 06/05/2026

Layar sudah berlabuh di muara,
Majlis usai penuh bermakna;
Jasa guru kekal membara,
Mendidik ummah sepanjang masa

Alhamdulillah, tirai Sambutan Hari Guru PASTI & SRITI Shah Alam 2026 telah melabuhkan tirainya.

Dalam indahnya nuansa Alam Melayu Klasik, terserlah kemuliaan insan bergelar guru — murabbi yang mendidik jiwa, membina fikrah dan memacu kekuatan jemaah.

Terima kasih buat semua yang menjayakan.

02/05/2026

Berkembang melur di tepi laman,
harum mewangi dibawa bayu.
Guru disanjung sepanjang zaman,
pemegang obor penyuluh ilmu

Sehari lagi menuju detiknya

01/05/2026

Dua hari lagi bakal bersua,
berhimpun sekalian dalam adat dan mulia,
meraikan guru pembina bangsa,
tiang ilmu sepanjang masa.

Sambutan Hari Guru PASTI & SRITI Shah Alam 2026
Alam Melayu Klasik menanti kehadiran anda.

Photos from PASTI Shah Alam's post 30/04/2026

Sambungan gambar lawatan PASTI Dewan Shah Alam ke A Famosa Safari Wonderland

Photos from PASTI Shah Alam's post 30/04/2026

Alhamdulillah, pada hari ini PASTI Dewan Shah Alam telah berjaya menganjurkan lawatan ke A Famosa Safari Wonderland dengan penuh meriah dan bermakna.

Lawatan kali ini menghimpunkan tujuh buah PASTI di bawah PASTI Dewan Shah Alam iaitu PASTI Az-Zahra 3, PASTI Khaleef, PASTI Little Muttaqin, PASTI Little Imtiyaz, PASTI Little Mukmin, PASTI Ibnu Sina dan PASTI An-Najah. Penyertaan yang memberangsangkan ini menjadikan suasana lebih ceria dengan kehadiran anak-anak yang begitu teruja sepanjang program berlangsung.

Sepanjang berada di sana, pelbagai aktiviti dan pertunjukan menarik telah disediakan. Antaranya pertunjukan gajah, pertunjukan gajah berenang, Fantasy Animal Show, Aviary Show iaitu pertunjukan burung serta Wild Wild West yang mencuit hati. Setiap persembahan berjaya menarik perhatian anak-anak dan memberikan pengalaman yang cukup menyeronokkan.

Salah satu momen paling tidak dapat dilupakan adalah apabila anak-anak dibawa menaiki lori safari yang berjaring untuk menelusuri kawasan haiwan secara dekat. Perjalanan ini melalui beberapa fasa, bermula dengan kawasan haiwan jinak seperti seladang, rusa, unta dan lembu. Kemudian diteruskan ke kawasan haiwan pemangsa seperti harimau, singa, beruang dan cheetah. Walaupun ada rasa takut, jelas terpancar keterujaan pada wajah anak-anak kerana dapat melihat sendiri haiwan-haiwan tersebut di hadapan mata.

Perjalanan diakhiri dengan kawasan haiwan eksotik yang jarang dilihat seperti badak sumbu, buaya dan badak air. Pengalaman ini benar-benar membuka ruang pembelajaran baharu kepada anak-anak dalam mengenali dunia haiwan dengan lebih dekat.

Alhamdulillah, anak-anak memberikan kerjasama yang sangat baik dan jelas mereka begitu seronok dengan program yang dianjurkan pada hari ini. InsyaAllah, pada masa akan datang kita akan terus merancang program yang lebih menarik bagi memberikan pengalaman berharga kepada anak-anak serta menjadi pemangkin semangat mereka untuk terus hadir ke sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak A Famosa Safari Wonderland atas layanan dan pengalaman yang cukup bermakna ini. Tidak dilupakan juga kepada guru-guru, ibu bapa, pengurus serta seluruh AJK pelaksana yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H 🌙✨

Kepada seluruh warga PASTI Kawasan Shah Alam, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali dan menyokong perjuangan kami.

Terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan dalam usaha mendidik anak-anak menjadi generasi yang berilmu, berakhlak dan bertaqwa. Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kegembiraan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua.

Pergi ke desa memetik bunga,
Bunga melati harum mewangi;
Syawal tiba penuh bermakna,
Salah dan silap mohon dimaafi.

Semoga segala amalan kita diterima dan dikurniakan keberkatan yang berpanjangan. Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🕌🤍

PASTI Kawasan Shah Alam

Photos from PASTI Shah Alam's post 14/03/2026

Majlis Ihya Ramadhan PASTI Shah Alam.

Alhamdulillah, Pagi ini berlansung Majlis Ihya Ramadhan Majlis Guru PASTI Kawasan Shah Alam.

Bermula dengan Tadarus Perdana, Majlis Khatam al Quran Tahlil serta Penyampaian Sumbangan Tabarruat Guru PASTI.

Kepada para penyumbang, kami akan membuat tayangan secara lansung sewaktu Tahlil perdana nanti dan memaparkan penama arwah bagi meraikan para penyumbang.

Mudah-mudahan segala amal kita diterima oleh Allah SWT dan dikurnia ganjaran pahala yang berkekalan.



Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


3-3, Jalan Pegaga G U12/G, Desa Alam, Seksyen U12
Shah Alam
40000