20/06/2026
📚 DAURAH FIQH SOLAT BERJEMAAH 2026
❓ Betulkah Solat Berjemaah Kita Selama Ini?
Kita solat berjemaah hampir setiap hari. Namun masih ramai yang tidak mengetahui hukum-hakam imam dan makmum dengan tepat, menyebabkan berlakunya kesilapan tanpa disedari.
Antara persoalan yang akan dibincangkan:
▪️ Hukum Imam dan Makmum
▪️ Makmum Masbuk dan Muwafiq
▪️ Kesilapan Yang Sering Berlaku Dalam Solat Berjemaah
▪️ Kedudukan dan Susunan Saf
▪️ Mengikuti Imam dan Pembatalan Qudwah
📖 Kupasan Kitab:
القول التام في أحكام المأموم والإمام
🎙️ Maulana Ahmad Lutfi bin Muharam
• Tenaga Pengajar Fekah & Usul Fekah
• Madrasah Miftahul Ulum, Seri Petaling
• Panel Program Tahsinul Ibadah, IKIM FM
📅 28 Jun 2026 (Ahad)
🕘 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Masjid An-Nur Temasya Glenmarie
💰 Peserta Awam
RM30 (Fizikal)
💻 Online
RM10
🎓 TAJAAN PENUH KHAS
Untuk:
✅ Asatizah
✅ Pelajar Madrasah
✅ Pelajar Maahad
✅ Pelajar Pondok
✅ Pelajar Sekolah
✅ Pelajar Universiti
⚠️ Terhad kepada 150 peserta tajaan sahaja.
✅ Kitab Daurah Disediakan
✅ Makan Disediakan
✅ Sijil Penyertaan Disediakan
📞 Pertanyaan:
Ust Iqbal Baharum Shah
013-2007400
“Menuntut ilmu adalah jalan memperbaiki ibadah yang kita lakukan setiap hari.”
Akademi Tahfiz Masjid Ltsaas
Akademi Tahfiz Masjid LTSAAS
No Perakuan Pendaftaran Penuh : 13S(8) 12/53
No Kod Sekolah : BZH8081
29/05/2026
🌙 SEDEKAH JUMAAT RM10
Tahukah anda?
Hanya dengan RM10 setiap hari Jumaat, anda turut membantu kelangsungan pendidikan para huffaz Al-Quran di Akademi Tahfiz Masjid Lapangan Terbang Subang.
💚 Menaja pengajian pelajar tahfiz
💚 Membantu makan minum pelajar
💚 Menyokong kebajikan para huffaz
💚 Menyumbang kepada generasi Al-Quran
Allah SWT berfirman:
“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai terdapat seratus biji. Dan Allah melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang Dia kehendaki.”
(Surah Al-Baqarah: 261)
🎯 Sasaran kami:
300 penyumbang tetap
RM10 × 300 orang = RM3,000 setiap minggu
Ayuh sertai Kempen Sedekah Jumaat RM10 dan jadilah sebahagian daripada usaha melahirkan generasi huffaz yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
📲 Imbas QR atau salurkan sumbangan ke:
🏦 Bank Islam
1225 2010 0120 28
Akademi Tahfiz Masjid Lapangan Terbang Subang
Sekali Jumaat RM10, pahalanya berterusan.
Akademi Tahfiz Masjid Ltsaas
Akademi Tahfiz Masjid LTSAAS
No Perakuan Pendaftaran Penuh : 13S(8) 12/53
No Kod Sekolah : BZH8081
25/05/2026
Salam Hari Arafah | 9 Zulhijjah 1447H
Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan Hari Arafah — hari yang sangat agung di sisi Allah, hari penuh rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka.
Allah SWT berfirman:
ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِينٗا
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku cukupkan nikmat-Ku ke atas kamu, dan Aku redakan Islam itu menjadi agama kamu.”
(Surah al-Ma’idah: 3)
Rasulullah ﷺ bersabda:
الحج عرفة
“Haji itu adalah Arafah.”
Riwayat al-Tirmizi
Dan sabda Baginda ﷺ lagi:
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ
“Tiada hari yang lebih ramai Allah bebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah.”
Riwayat Muslim
Bagi yang tidak menunaikan haji, jangan lepaskan peluang berpuasa Arafah. Sabda Nabi ﷺ:
“Puasa pada hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”
Riwayat Muslim
Semoga Allah menerima amal ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita, dan mengurniakan keberkatan kepada seluruh warga Akademi Tahfiz Masjid Lapangan Terbang Subang serta para penyumbang yang sentiasa bersama perjuangan ini.
🤲 Perbanyakkan doa, istighfar, takbir dan amal soleh pada hari yang mulia ini.