Media Himsak

Media Himsak

Share

Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) sebuah badan NGO yang menghimpunkan graduan anak Kelantan

01/06/2026

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”!
๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”!
๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”!

Seluruh warga Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) dengan penuh rasa hormat dan takzim merafakkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Pada hari yang penuh bersejarah ini, kami mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta keafiatan yang berterusan dalam memayungi rakyat dan negara tercinta.

๐‘ซ๐’Š๐’“๐’ˆ๐’‚๐’‰๐’‚๐’š๐’– ๐‘ป๐’–๐’‚๐’๐’Œ๐’–.

๐‘ซ๐’‚๐’–๐’๐’‚๐’• ๐‘ป๐’–๐’‚๐’๐’Œ๐’–..!
๐‘ซ๐’‚๐’–๐’๐’‚๐’• ๐‘ป๐’–๐’‚๐’๐’Œ๐’–..!
๐‘ซ๐’‚๐’–๐’๐’‚๐’• ๐‘ป๐’–๐’‚๐’๐’Œ๐’–..!

Ikhlas daripada:

๐™ƒ๐™ž๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ฃ๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™ž๐™จ๐™ฌ๐™–๐™ฏ๐™–๐™ ๐™†๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ฃ (๐™ƒ๐™„๐™ˆ๐™Ž๐˜ผ๐™†)

Photos from Media Himsak's post 30/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐€๐’๐๐€๐… ๐‡๐ˆ๐Œ๐’๐€๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‚

Alhamdulillah, Program Korban untuk Asnaf berjaya dilaksanakan dengan penuh keberkatan dan lancar.

Program ini telah dikelolakan oleh Naib Presiden 1 HIMSAK, iaitu Saudara Wan Mahussin Wan Zain dan berlangsung pada Hari Raya Aidiladha ke-2 bertempat di Kampung Air Chanal. Program bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga 2.00 petang dengan suasana penuh semangat gotong-royong dan ukhuwah.

Sebanyak 11 ekor lembu telah dikorbankan bagi menjayakan program kali ini. HIMSAK menjadi nadi utama dalam pelaksanaan program ini dengan bantuan dan kerjasama erat daripada penduduk Kampung Air Chanal. Daging korban kemudiannya diagihkan kepada golongan asnaf di sekitar kampung. Tidak dilupakan juga, terdapat sebahagian peserta yang turut berniat melaksanakan ibadah korban dan aqiqah.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana segala urusan dipermudahkan dengan cuaca yang baik serta kerjasama yang amat dihargai daripada semua pihak yang terlibat.

Terima kasih juga kepada para penyumbang yang tidak perlu kami sebutkan namanya satu persatu. Pihak HIMSAK amat menghargai bantuan dan sumbangan yang telah diberikan dalam menjayakan program kali ini. Semoga setiap sumbangan ini menjadi asbab untuk kita bersama-sama memperoleh keberkatan, keredhaan serta ganjaran pahala daripada Allah SWT. Insya-Allah. ๐Ÿคฒ

Insya-Allah, HIMSAK akan terus melaksanakan program-program kebajikan seperti ini pada masa akan datang demi membantu masyarakat yang memerlukan.

Semoga program korban HIMSAK ini terus dipermudahkan dan menjadi amal jariah buat semua yang terlibat. Semoga Allah SWT menerima segala ibadah korban, aqiqah dan setiap pengorbanan yang dilakukan. ๐Ÿค

โ€œSesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu.โ€ โ€” Hadis Riwayat Muslim

Semoga usaha murni ini terus diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. ๐Ÿคฒ

26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ โœจ๐ŸŒ™

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam walau di mana jua berada. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keinsafan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama insan.

Hari raya yang mulia ini memperingati kisah agung pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. yang penuh ketaatan dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Daripada peristiwa inilah, Aidiladha dikenali sebagai Hari Raya Korban, simbol keikhlasan, pengorbanan dan kepatuhan seorang hamba kepada Tuhan-Nya.

Allah SWT turut mensyariatkan ibadah korban kepada umat Islam yang berkemampuan dengan menyembelih haiwan ternakan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri sebagai tanda syukur serta mendekatkan diri kepada-Nya, di samping membantu golongan yang memerlukan.

Aidiladha juga amat sinonim dengan ibadah haji di Mekah, apabila jutaan umat Islam dari seluruh dunia berhimpun bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Oleh itu, hari yang penuh keberkatan ini juga dikenali sebagai Hari Raya Haji.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang yang dibawa oleh Aidiladha terus mekar dalam kehidupan kita semua.

๐Ÿ•‹๐Ÿ„ Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir & Batin ๐Ÿค

Ikhlas daripada

๐‘ฏ๐’Š๐’Ž๐’‘๐’–๐’๐’‚๐’ ๐‘บ๐’Š๐’”๐’˜๐’‚๐’›๐’‚๐’‰ ๐‘ฒ๐’†๐’๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’
(๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ด๐‘บ๐‘จ๐‘ฒ)

Photos from Media Himsak's post 25/05/2026

๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—œ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ฅ๐—”๐—™๐—”๐—› ๐ŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat menunaikan ibadah puasa sunat Hari Arafah buat seluruh umat Islam. Semoga setiap amal ibadah, doa dan pengorbanan kita diterima serta dikurniakan keampunan dan rahmat daripada Allah SWT. ๐Ÿคฒ

๐Ÿ“– Rasulullah SAW bersabda:

"Puasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang."
โ€” Riwayat Muslim

โœจ Semoga Hari Arafah ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa dan mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Ikhlas daripada

๐‡๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐’๐ข๐ฌ๐ฐ๐š๐ณ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง
(๐‡๐ˆ๐Œ๐’๐€๐Š)

16/05/2026

โ€œ๐‘ฎ๐’–๐’“๐’– ๐‘ฉ๐’Š๐’•๐’‚๐’“๐’‚ ๐‘ต๐’‚๐’…๐’Š ๐‘ต๐’†๐’ˆ๐’‚๐’“๐’‚โ€

๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ฎ๐’–๐’“๐’– 2026 ๐ŸŒน

โ€œJasa seorang pendidik tidak ternilai harganya. Mereka bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah membentuk akhlak, membina keyakinan dan mencorakkan masa depan generasi pewaris bangsa."

Penghargaan ini ditujukan kepada seluruh warga pendidik di Malaysia โ€” daripada guru taska dan tadika, guru sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke para pensyarah di institusi pengajian tinggi (IPT). Setiap peringkat pendidikan memainkan peranan besar dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, beradab dan berjaya.

Buat seluruh guru di Malaysia khususnya guru-guru anak-anak Kelantan sama ada yang berkhidmat di perantauan mahupun di bumi Kelantan sendiri, HIMSAK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa.

Semoga segala jasa dan bakti para pendidik sentiasa diberkati serta menjadi saham akhirat yang berpanjangan.

๐™„๐™ ๐™๐™ก๐™–๐™จ ๐™™๐™–๐™ง๐™ž๐™ฅ๐™–๐™™๐™–
๐™ƒ๐™ž๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ฃ๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™ž๐™จ๐™ฌ๐™–๐™ฏ๐™–๐™ ๐™†๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ฃ (๐™ƒ๐™„๐™ˆ๐™Ž๐˜ผ๐™†

15/05/2026

๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ฑ๐’–๐’Ž๐’‚๐’‚๐’• ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ฉ๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’‚๐’‰

โ€œHari Jumaat merupakan penghulu segala hari yang penuh dengan keberkatan, rahmat dan kemuliaan di sisi Allah SWT. Pada hari yang istimewa ini, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan seperti membaca al-Quran, berselawat, berzikir serta memperbaiki hubungan sesama manusia. Jumaat juga menjadi hari untuk kita bermuhasabah dan mendekatkan diri kepada Allah dengan hati yang lebih tenang dan ikhlas."

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Jumuโ€˜ah ayat 9:โ€

ูŠูŽุง ุฃูŽูŠูู‘ู‡ูŽุง ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ุฅูุฐูŽุง ู†ููˆุฏููŠูŽ ู„ูู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู ู…ูู† ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉู ููŽุงุณู’ุนูŽูˆู’ุง ุฅูู„ูŽู‰ูฐ ุฐููƒู’ุฑู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฐูŽุฑููˆุง ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ุนูŽ

โ€œMaksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah urusan jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.โ€

โ€œKeistimewaan hari Jumaat juga disebut dalam hadis Rasulullah SAW sebagai hari yang terdapat padanya satu waktu mustajab doa. Sesiapa yang memanfaatkan hari ini dengan amalan baik, doa dan keikhlasan hati, insya-Allah akan dikurniakan ketenangan, dipermudahkan urusan serta dibuka pintu rezeki dan rahmat oleh Allah SWT. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba yang sentiasa menghargai keberkatan hari Jumaat.โ€

10/05/2026

๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ฐ๐’ƒ๐’– 2026 ๐Ÿ’

โ€œBuat seluruh wanita hebat yang bergelar ibu, mama, mak, bonda dan ummiโ€ฆ

Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan, doa dan didikan yang tidak pernah mengenal penat lelah.

Di sebalik kejayaan seorang anak, pasti ada insan bernama ibu yang sentiasa berdiri kuat sebagai penyokong, pelindung dan sumber kekuatan keluarga.

Kasih seorang ibu tidak mampu dibalas dengan harta dan kata-kata, kerana nilainya terlalu besar dalam membentuk kehidupan serta masa depan anak-anak.

Semoga seluruh ibu di Malaysia sentiasa diberikan kesihatan, kebahagiaan, ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan dunia serta akhirat.

Terima kasih ibuโ€ฆ jasamu akan sentiasa dikenang sepanjang hayat.โ€ ๐ŸŒน

๐—œ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ
๐—›๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜„๐—ฎ๐˜‡๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป (๐—›๐—œ๐— ๐—ฆ๐—”๐—ž)

24/04/2026

๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐˜

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dalam Islam. Ia bukan sekadar hari biasa, tetapi hari penuh keberkatan, keampunan dan peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Sabda Nabi Muhammad SAW:

โ€œSebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaatโ€ฆโ€
(Hadis riwayat Sahih Muslim)

Pada hari ini, terdapat satu waktu mustajab doaโ€”jika seorang hamba berdoa dengan penuh keikhlasan, Allah akan memperkenankannya.

Hari Jumaat juga menjadi waktu terbaik untuk memperbanyakkan selawat, membaca Al-Quran dan memperbaiki hubungan sesama manusia.

Selain itu, solat Jumaat yang didirikan secara berjemaah menjadi simbol kesatuan umat Islam serta peluang untuk membersihkan dosa-dosa kecil yang lalu.

Photos from Adly Zahari's post 20/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB atas kesudian hadir merasmikan Majlis Pelancaran HIMSAK Leadership Summit 2026.

Kehadiran YB bukan sahaja menyemarakkan lagi semangat mahasiswa, malah menjadi suntikan inspirasi kepada anak-anak Kelantan di perantauan untuk terus bangkit, bersatu dan menyumbang kepada masyarakat serta negeri tercinta.

Kami amat menghargai kesediaan YB untuk turun padang, mendengar sendiri suara dan aspirasi mahasiswa. Semoga segala pandangan dan harapan yang dikongsikan menjadi pemangkin kepada usaha membina masa depan yang lebih baik.

Terima kasih sekali lagi atas sokongan dan komitmen YB. Semoga hubungan yang terjalin ini terus kukuh dan diberkati. InsyaAllah, kita akan terus melangkah bersama.




Photos from Media Himsak's post 15/04/2026

Sekalung Tahniah dan Syabas diucapkan kepada
Profesor Dr. Mohad Anizu Mohd Nor atas penganugerahan sebagai Tokoh Sukan UiTM 2025.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen serta sumbangan berterusan dalam memperkasa pembangunan sukan, khususnya di peringkat universiti.

Prof. Anizu Mohd Nor juga merupakan salah seorang Penasihat Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK), kehadiran dan panduan beliau amat dihargai dalam menyokong gerak kerja organisasi.

Semoga kejayaan ini terus menjadi dorongan untuk melakar lebih banyak pencapaian pada masa akan datang. InshaAllah..

Ikhlas daripada:

๐‡๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐’๐ข๐ฌ๐ฐ๐š๐ณ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง (๐‡๐ˆ๐Œ๐’๐€๐Š)

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Seksyen 7
Shah Alam