12/06/2026
📢 INFAK JUMAAT SRAR AT-TA’ALIM 📢
Assalamualaikum W.B.T
🌹 Marilah kita bersama-sama merebut keberkatan penghulu segala hari dengan menghulurkan sumbangan bagi membantu kelangsungan operasi, aktiviti serta kebajikan guru dan murid di SRAR At-Ta’alim.
💝 Tuan/puan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun berikut:
🏦 Bank Muamalat Atas Nama: SRAR AT-TA’ALIM No. Akaun: 08030002244718
🏦 Bank Islam Atas Nama: SRAR AT-TA’ALIM No. Akaun: 08059010002368
🤲 Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi saham akhirat yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT.
"Tidak akan berkurang harta kerana bersedekah." 🌷
15/05/2026
JUMAAT | 15 mei 2026
🌹 SELAMAT HARI GURU 2026 🌹
Ikhlas daripada warga SRAR AT-TA’ALIM buat seluruh insan bergelar guru.
“Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membentuk akhlak, menyemai adab dan menerangi masa depan anak bangsa.”
Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan dalam mendidik generasi ummah.
Semoga semua guru terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam mendidik anak-anak menuju kejayaan dunia dan akhirat.
✨ Guru Bitara Nadi Negara✨
06/05/2026
RABU | 06.05.2026
Assalamualaikum dan tahniah kepada semua murid yang terlibat dalam pertandingan bola sepak MSSD. Penyertaan anda semua bukan sahaja membawa nama sekolah, malah menunjukkan semangat juang, disiplin dan kerjasama yang tinggi.
Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi pengalaman, usaha dan semangat kesukanan yang ditunjukkan itulah yang paling berharga. Bermainlah dengan penuh keyakinan, hormati jurulatih, pengadil dan pihak lawan, serta berikan yang terbaik di atas padang.
Semoga berjaya mengharumkan nama sekolah dan sentiasa dipermudahkan segala urusan. Kami semua mendoakan kejayaan buat anda! ⚽🏆
21/03/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Crew Multimedia Ta’alim ingin menjemput seluruh warga SRAR At-Ta’alim untuk meluangkan masa menonton video khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
🎥 Sila tonton video melalui pautan berikut:
https://youtu.be/kkKR_Awg0aU?si=Z6oUc0ecnYajdMcS
Semoga video ini dapat menambahkan lagi rasa syukur dan kegembiraan dalam menyambut Aidilfitri yang mulia.
Sekian, terima kasih.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”
Video Hari Raya Aidilfitri SRAR At-Ta'alim 2026
Video Hari Raya Aidilfitri SRAR At-Ta'alim 2026Tempat : Hadapan SRAR At-Ta'alimYang terlibat : Guru-guru dan AKP SRAR At-Ta'alimSelamat Hari Raya Aidilfitri ...
17/03/2026
SELASA | 17.03.2026
Alhamdulillah…Sedang berlangsung majlis khatam quran peringkat sekolah.
11/03/2026
Alhamdulillah, keputusan UPKK 2025 bagi SRAR At-Ta’alim menunjukkan peningkatan berbanding tahun sudah. Pencapaian ini membuktikan usaha gigih murid-murid, bimbingan para guru serta sokongan padu ibu bapa.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.
الحمد لله على كل حال
09/03/2026
Alhamdulillah.
SRAR AT-TA’ALIM merakamkan penghargaan atas perkongsian berita oleh Sinar Harian yang menzahirkan kepercayaan terhadap sekolah ini sebagai salah satu institusi yang berjaya mendidik murid ke arah penghayatan agama.
Pengiktirafan ini menjadi dorongan buat seluruh warga sekolah untuk terus komited melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan bertaqwa.
Terima kasih atas sokongan semua pihak.
SRAR At-Ta’alim terus jadi pilihan pelajar dalami ilmu agama
SERI MANJUNG - Permintaan terhadap sekolah agama persendirian dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini, khususnya di kawasan bandar....
07/02/2026
Sabtu (7/2/2026)
PEMBUGARAN STANDARD 4 PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
🔖Masa : 8.00pg - 11.30pg
🔖Tempat : Surau SRAR AT-TA'ALIM
🔖Penglibatan : Semua Guru
🔖Penceramah jemputan :
PN.ADILA BINTI OSMAN@ADNAN
(GURU BESAR SK NAKHODA MUHAMMAD TAIB)
"Bengkel LADAP mengukuh ILMU,
GURU cemerlang MURID gemilang"
"Ilmu ditimba amalan terus diperkasa"
🌹 Semoga kita sama-sama berjuang demi anak-anak Islam At-Ta'alim
01/02/2026
JUMAAT | 30.1.2026
Sukan guru SRAR AT-ta’alim(SUGUTA 2026) berlangsung di Esplanade Bowl,Sitiawan..