Pusat Pendidikan Ruhul Mannan

Pusat Pendidikan Ruhul Mannan

Share

Pusat Pendidikan Ruhul Mannan ialah sebuah institusi pendidikan yang berpotensi melahirkan insan yang mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah.

24/06/2026

KULIAH DHUHA BULANAN BERSAMA

📌 Al Fadhil Ustaz Zamri Che Teh
📌 Kitab Misbahul Munir

📌 Waktu : 9:30 PAGI -10.30 PAGI
📌 Tarikh : 26/2/2026 (Khamis)
📌 Pusat Pendidikan Ruhul Mannan, Bandar Puteri Jaya

Tiktok :
https://vt.tiktok.com/ZSHTkHk7tb5mU-Cqjn4/

Muslimin Muslimat Dijemput menonton pengajian di tiktok Tv ruhul mannan & fb, atau hadir ke SMA Ruhul Mannan.

Jazakumullahu khairan kathiran✨🍃

23/06/2026

Wudhuk itu ibadah, membazir itu salah. Jom amalkan cara wuduk yang cermat dan saling mengingatkan bila nampak kawan terlepas pandang💧

tag member korang yang s**a bukak air kuat

Semoga bermanfaat❤️

23/06/2026

🌿✨ **INFAQ ISTIQOMAH** ✨🌿

Sedikit jika dilakukan secara berterusan, lebih dicintai oleh Allah SWT berbanding amalan yang banyak tetapi terputus-putus.

Jom bersama-sama menyumbang **RM1 sehari** sebagai tanda sokongan kepada usaha pendidikan dan pembangunan generasi ummah di Pusat Pendidikan Ruhul Mannan. 🤍

Setiap sumbangan yang diberikan, insya-Allah menjadi saham akhirat yang berpanjangan dan memberi manfaat kepada ramai insan.

📲 Infaq boleh disalurkan melalui QR kod atau nombor akaun yang disediakan.

21/06/2026

📖 Sedikit cebisan daripada Kuliah Dhuha di Pusat Pendidikan Ruhul Mannan

Moga ada manfaat yang boleh kita ambil dan amalkan bersama 🤲✨

Photos from Pusat Pendidikan Ruhul Mannan's post 21/06/2026

📚 BENGKEL PECUTAN AKHIR KAFA & SPI 2026

Alhamdulillah, minggu kedua Bengkel Pecutan Akhir KAFA dan SPI telah berlangsung dengan jayanya pada 18–19 Jun 2026 (Khamis–Jumaat) melibatkan program 2 hari 1 malam sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.

Terima kasih kepada semua penyumbang, guru, fasilitator dan ibu bapa yang sentiasa menyokong usaha ini. Semoga segala sumbangan dan pengorbanan yang diberikan menjadi saham akhirat serta asbab kejayaan para pelajar

19/06/2026

🌿 Jom Tunaikan Zakat Anda 🌿

Pusat Pendidikan Ruhul Mannan merupakan Ejen Sah Zakat LZNK.

Pelbagai jenis zakat diterima untuk memudahkan urusan anda.

📲 Imbas QR untuk pembayaran
✔️ Resit rasmi disediakan

Semoga menjadi asbab keberkatan rezeki 🤲✨

📞 019-3161406

18/06/2026

🎥✨ Jom sama-sama merebut pahala berterusan melalui Infaq Jumaat dan menunaikan zakat di Pusat Pendidikan Ruhul Mannan 🤍

📲 Imbas QR untuk menyumbang & menunaikan zakat dengan mudah.
Semoga menjadi asbab keberkatan rezeki dan amal jariah buat kita semua 🤲🌿

18/06/2026

🤲✨ INFAQ JUMAAT
PUSAT PENDIDIKAN RUHUL MANNAN

Rebutlah peluang untuk berinfaq pada hari Jumaat yang penuh keberkatan. Setiap sumbangan yang diberikan, insya-Allah menjadi saham akhirat yang berterusan.

Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya."

Marilah kita bersama menyumbang dan menyokong usaha pendidikan serta kebajikan di Pusat Pendidikan Ruhul Mannan 🤍

💳 Sumbangan boleh disalurkan melalui:
Maybank: 5520 5980 5281
(Reference: Infaq Jumaat)

Semoga setiap amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT 🤲✨

18/06/2026

Kelab Silat Olahraga Ruhul Mannan (KSORM)

16/06/2026

🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙

Selamat menyambut Awal Muharram 1448H buat seluruh warga Pusat Pendidikan Ruhul Mannan serta umat Islam di mana jua berada.

Semoga kehadiran tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk memperbaharui azam, meningkatkan amal ibadah dan memperkukuhkan keimanan kepada Allah SWT. Marilah kita mengambil peluang pada bulan yang mulia ini untuk memperbanyakkan amalan soleh serta mendekatkan diri kepada-Nya.

✨ Semoga tahun 1448H membawa keberkatan, rahmat dan kejayaan buat kita semua.




Want your school to be the top-listed School/college in Sungai Petani?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No 223A Tingkat Bawah, Jalan Bukit Puteri 9/6, Presint 9 , Bandar Putri Jaya
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 14:30