Smart Tahfiz Darul Bayan HQ

Smart Tahfiz Darul Bayan HQ

Share

Smart Tahfiz Darul Bayan

23/06/2026
Photos from Smart Tahfiz Darul Bayan HQ's post 22/06/2026

[ UPDATE : 17 - 20 JUN 2026 ]
REHLAH SANAWI
GURU DAN STAF
SMART TAHFIZ DARUL BAYAN 2026
📍 PATTANI DAN HATYAI, THAILAND

Alhamdulillah, program Rehlah Sanawi Guru dan Staf SMART Tahfiz Darul Bayan 2026 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Rehlah ini bukan sahaja memberi ruang untuk berehat dan menyegarkan minda, malah menjadi medan mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kerja berpasukan serta mengukuhkan hubungan sesama guru dan staf.

Semoga segala kenangan, pengalaman dan ukhuwah yang terjalin sepanjang musafir ini menjadi asbab bertambahnya semangat untuk terus berkhidmat mendidik generasi ummah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rehlah kali ini. Semoga dipertemukan lagi dalam program akan datang, insya-Allah. ❤️

21/06/2026

DAULAT TUANKU 🇲🇾🙏

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-84 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Semoga Allah SWT mengurniakan Tuanku kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebahagiaan serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan-Nya.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

21/06/2026

📢 JAWATAN KOSONG – GURU AL-QURAN (SEPARUH MASA)📢

🌟 Smart Tahfiz Darul Bayan (STADY) membuka peluang kepada individu yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai kami sebagai Guru Al-Quran (Separuh Masa)

📖 Syarat Kelayakan:
✅ Boleh membaca Al-Quran dengan baik

🤝 Kami mencari individu yang berakhlak mulia, bersemangat mendidik serta cintakan Al-Quran untuk bersama-sama membina generasi alquran berakhlak

📲 Imbas kod QR pada poster untuk memohon atau hubungi kami untuk maklumat lanjut:

☎️ 011-5868 0250 (Pejabat)
☎️ 013-456 4555 (Ustazah Shidatul)

✨ Jom sertai keluarga STADY dan bersama-sama menyumbang dalam melahirkan generasi Al-Quran yang berilmu dan berakhlak.

16/06/2026

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk melangkah ke tahun baharu Islam. Semoga Awal Muharram ini menjadi titik permulaan kepada hijrah yang lebih baik — memperbaiki diri, memperkukuhkan iman dan meningkatkan amal soleh.

Marilah kita sama-sama menjadikan setiap hari sebagai peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan berazam untuk menjadi lebih baik.

✨ "Hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi perubahan ke arah yang lebih diredai Allah."

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H Ikhlas daripada Smart Tahfiz Darul Bayan (STADY)

🌙🤲🏻📖

Photos from Smart Tahfiz Darul Bayan HQ's post 14/06/2026

[ UPDATE : SABTU, 13 JUN 2026 ]
MAJLIS IHTIFAL ILMI
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ISLAM (MIISSRI)
ZON SELATAN

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada semua peserta wakil sekolah, guru serta waris yang telah memberikan komitmen dan sokongan sepanjang tempoh latihan yang ditetapkan

Syukur ke hadrat Allah SWT, Smart Tahfiz Darul Bayan berjaya mencatatkan pencapaian yang membanggakan dan berjaya menghantar beberapa orang wakil ke peringkat negeri dalam beberapa acara yang dipertandingkan. antaranya :

✅TILAWAH AL-QURAN (P)
✅HAFAZAN TAHAP 1 (P)
✅AZAN
✅KHOT TAHAP 2 (L)
✅JAWI (L)
✅BACAAN DALAM SOLAT
✅BERCERITA (L)
✅BERCERITA (P)

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga STADY untuk terus berusaha, memperbaiki diri serta mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua wakil yang akan meneruskan perjuangan di peringkat seterusnya.

Photos from Smart Tahfiz Darul Bayan HQ's post 09/06/2026

[ UPDATE : SELASA, 9 JUN 2026]
LATIHAN DAN REHEARSAL MIISSRI

Latihan dan rehearsal sedang giat dijalankan sebagai persiapan akhir bagi memastikan setiap persembahan dapat disampaikan dengan sebaiknya.

Semoga segala urusan dipermudahkan, setiap usaha diberkati dan dikurniakan kejayaan yang terbaik buat semua yang terlibat. 🤲✨

Photos from Smart Tahfiz Darul Bayan HQ's post 06/06/2026

PENDAFTARAN STADY SESI 2027
DIBUKA SEKARANG‼️

✅ TADIKA 5 DAN 6 TAHUN
✅ TAHUN 1 (7 TAHUN)

Sila klik dan isi borang pendaftaran dibawah:
https://asis.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=asis0076

🟢 Info pendaftaran :
Tadika pilih ▶️ Tahap 0
Tahun 1 pilih ▶️ Tahap 1

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak sekolah:
www.wasap.my/601158680250 (Pejabat)
www.wasap.my/60194042054 (Ustaz Hakim)
www.wasap.my/60134564555 (Ustazah Shidatul)

Daftar sekarang
Tempat sangat terhad

PENILAIAN PELAJAR akan dibuat pada bulan JULAI 2026



Photos from Smart Tahfiz Darul Bayan HQ's post 29/05/2026

[[ UPDATE : KHAMIS, 28 MEI 2026 ]
PROGRAM KORBAN DAN AQIQAH
BERSAMA STADY 2026

LENSA 3
GURU DAN STAF MENJAYAKAN PROGRAM KORBAN.

Antara momen sepanjang Program Korban dan Aqiqah bersama guru-guru serta staf yang bersama-sama bertungkus-lumus menjayakan setiap urusan program.

Terima kasih atas segala tenaga, kerjasama dan komitmen yang diberikan demi memastikan program berjalan dengan lancar dan teratur.

Semoga segala usaha ini menjadi amal kebajikan yang diberkati Allah SWT. ✨

Want your school to be the top-listed School/college in Sungai Petani?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


No 40A Jalan Songket Indah 1/1, Taman Songket Indah
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 07:45 - 16:30
Tuesday 07:45 - 16:30
Wednesday 07:45 - 16:30
Thursday 07:45 - 16:30
Sunday 07:45 - 16:30