V-Fsk4u, UPSI

V-Fsk4u, UPSI

Share

Volunteers Fakulti Sains Kemanusiaan 4 You

05/05/2026

PROGRAM INTERNATIONAL MOBILITY INBOUND UNNES X UPSI 2026

SELAMAT DATANG,
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami barisan penganjur dengan sukacitanya ingin merakamkan ucapan selamat datang kepada delegasi dari Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia yang menyertai Program International Mobility Inbound bermula pada 5 Mei 2026 hingga 23 Mei 2026.

Semoga sepanjang tempoh program ini berlangsung, para pelajar UNNES dapat menimba pengalaman berharga, memperkaya pertukaran budaya serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

04/05/2026

PROGRAM INTERNATIONAL MOBILITY INBOUND UNNES X UPSI 2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Kemanusiaan akan menerima seramai 39 mahasiswa dari Universitas Negeri Semarang (UNNES) dalam Program International Mobility Inbound bermula pada 5 Mei 2026 sehingga 23 Mei 2026.

Mahasiswa ini juga akan melaksanakan program khidmat komuniti di bawah team V-FSK4U dan kerjasama Persatuan Geografi (PERGEO) dan Persatuan Pengajian Malaysia (PPMAS).

Semoga dengan penglibatan mahasiswa UNNES dan UPSI akan menjadikan program ini sebagai salah satu program yang mampu meningkatkan nilai keinsanan dalam jiwa-jiwa mahasiswa UNNES dan UPSI🌹

08/04/2026

ZON 1 | DAY 1 LENSA PROGRAM RECYCLE AND LOW CARBON CHALLENGE 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 8 April 2026 telah berlangsungnya Program Recycle and Low Carbon Challenge 2026 (Zon 1 | Day 1) dengan penuh semangat, kerjasama dan komitmen daripada semua sukarelawan Team V-FSK4U bersama rakan kolaborasi Low Carbon Education & Research Centre (LCERC) serta Fakulti Sains Kemanusiaan.

Pelbagai aktiviti pengumpulan dan pengasingan bahan kitar semula telah dijalankan dengan jayanya hasil usaha berpasukan yang padu. Komitmen yang ditunjukkan membuktikan kesedaran terhadap kepentingan amalan rendah karbon dalam kehidupan seharian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi dan langkah berterusan ke arah kelestarian alam sekitar 🌱





06/04/2026

Program Recycle & Low Carbon @ UPSI 2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Team V-FSK4U dengan kerjasama LCERC dan Fakulti Sains Kemanusiaan akan menganjurkan program Recycle & Low Carbon @ UPSI Challenge 2026 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

πŸ“’ Hanya 2 hari lagi!

Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 8 April 2026
Tempat berkumpul : Foyer FSK
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Sehubungan itu, semua ahli yang terlibat diminta untuk memberikan komitmen penuh dan hadir seperti yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran perjalanan program. Kerjasama anda amat dihargai dalam menjayakan usaha menyokong gaya hidup rendah karbon dan kelestarian alam sekitar.

Sekian, terima kasih.





05/12/2025

🌍 Selamat Menyambut Hari Kesukarelawanan 2025!

Hari ini kita menghargai semua sukarelawan yang terus meluangkan masa, tenaga dan komitmen untuk membantu masyarakat. Setiap usaha kecil atau besar telah memberi impak yang membawa kebaikan kepada semua.

Terima kasih kepada anda yang sentiasa menjadi sebahagian daripada perubahan positif. Semoga semangat kesukarelawanan terus subur dan menginspirasi lebih ramai orang.

25/11/2025

πŸŒ±β™»οΈ *HEBAHAN PROGRAM ECO GREEN MARKET: KEMPEN DERMA & JUALAN BARANG TERPAKAI* β™»οΈπŸŒ±

πŸ“² Jom sertai sebagai penyumbang!
Imbas QR pada poster atau tekan link dibawah untuk daftar penyertaan.

https://forms.gle/BzvPDJnAi5S6MLbb8

Ayuh bersama kami menjaga alam sekitar dengan menyertai Eco Green Market, satu inisiatif hijau melalui kempen derma dan jualan barang terpakai!

πŸ“Œ Apa yang anda boleh lakukan?
✨ Derma barang terpakai yang masih elok
✨ Beli barangan terpakai pada harga berpatutan
✨ Sama-sama membantu projek kitar semula UPSI!

🎁 Penderma akan menerima:
πŸ“„ Sijil Peserta
🎯 Mata CHAMP
🎟️ Kupon RM10 (20 penyumbang terawal)

πŸ“ Lokasi Pengutipan Barang:
Kafe Kolej Harun Aminurrashid
Kafe Kolej Ungku Omar
Kafe Kolej Za’ba
Ruang Hadapan FSK, KSAS, UPSI
πŸ“… : 29 November 2025 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang

πŸ›οΈ Jualan Barang Terpakai
πŸ“ Foodtruck Hotspot KSAS UPSI
πŸ“… 13 Disember 2025 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi – 5.00 petang

πŸ’š Hasil jualan akan disalurkan kepada Projek Low Carbon & Recycle di bawah LCERC FSK.

πŸ”Ž Sebarang pertanyaan hubungi:
πŸ“ž 014-4888424 (Erra) | 017-5949857 (Adham)

10/11/2025

*[♻️RECYCLE AND LOW CARBON@COMMUNITY 2025♻️]*

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Kemanusiaan dan _Low Carbon Education & Recycle Research Centre_ FSK dengan Kerjasama V-FSK4U akan menganjurkan _*Program Recycle and Low Carbon@Community*_ 2025. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh: *19 November 2025 (Rabu)*
Masa: *7.30am hingga 11.00am*
Tempat:
1. *Kg. Ketoyong*
2. *Kg. Simpang Empat*
3. *Kg. Lubuk Salak*
4. *Kg. Kelawar*
5. *Kg. Kurnia, Slim River*

Kami mengalu-alukan penyertaan komuniti setempat dengan menyediakan barangan kitar semula seperti *Plastik sekali guna* πŸ›οΈ, *botol & tudung minuman* 🍾, *kertas & kotak* πŸ“¦πŸ“‘ serta *tin/aluminium* πŸ₯«.

Penyertaan anda adalah amat bermakna bagi menjayakan pelaksanaan program ini.

☎️Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Dr. Nurzaimah binti Asalal ditalian 013-2855166 @ Muhamad Arif bin Ibrahim (013-7439020)

Sekian, jumpa anda di sana🌹

21/10/2025

SESI TAKLIMAT PROGRAM BERSAMA KOMUNITI & PERKONGSIAN ILMU♻️

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) & Low Carbon Education and Recycle Research Center (LCERC) Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama V-FSK4U serta agensi lain akan menganjurkan Sesi Taklimat Program Bersama Komuniti dan Perkongsian Ilmu bertemakan β€œCommunity Recycling Program: Plastic Waste to Fuel”.

Program ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama antara universiti dan komuniti setempat melalui perkongsian ilmu serta kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

Maklumat program adalah seperti berikut:

πŸ“… Tarikh: 22 Oktober 2025 (Rabu)
πŸ•‘ Masa: 2.00 petang – 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Serbaguna Masjid Jamek, Tanjong Malim

Program ini diharap dapat memberi pendedahan kepada komuniti setempat tentang program kitar semula dan inovasi serta memperkukuh kesedaran terhadap amalan hijau demi kelestarian alam sekitar. 🌿

Jumpa anda di sana🌹

01/07/2025

πŸ“šβœ¨ [SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANGKAJI]βœ¨πŸ“š

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kami daripada V-FSKU ingin mengucapkan Selamat Menjalani Minggu Ulangkaji kepada semua mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sesi 2024/2025, Universiti Pendidikan Sultan Idris. πŸ“–

Semoga minggu ulang kaji ini dimanfaatkan sebaik mungkin dengan pengurusan masa yang bijak, kesihatan yang terjaga, dan semangat yang sentiasa membara! πŸ”₯

Teruskan berjuang, kerana setiap titik peluh hari ini adalah anak tangga kejayaan esok! 🌟

All the best, UPSIan! πŸ’ͺπŸ“–






22/06/2025

[BERSAMA TEAM V-FSK4U SEMPENA KARNIVAL KESIHATAN MUALLIM ] πŸ“£

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Dijemput semua pelajar UPSI dan warga Muallim untuk hadir dan memeriahkan booth V-FSK4U sempena Karnival Kesihatan Muallim! πŸŽ‰

πŸ“ Lokasi: Dewan SITC & Padang KSAJS
πŸ“… Tarikh: 25 Jun 2025 (Rabu)
πŸ•— Masa: 8:00 pagi – 1:00 petang

✨ Apa yang menarik di booth V-FSK4U?
πŸ”Έ Pameran informatif & interaktif
πŸ”Έ Aktiviti fun game (RM1 sahaja!)
πŸ”Έ Kutipan barang kitar semula (kertas, kotak, botol, tin)
πŸ”Έ Jualan makanan & minuman – air balang soda bandung & puding sedap!

🎁 Jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti menarik sambil menyokong gerakan kesukarelawanan FSK!

Jom ramai-ramai kita turun padang! πŸ’ͺ🌱





17/06/2025

[SALAM TAKZIAH]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan penuh rasa dukacita dan rendah hati, kami seluruh warga sukarelawan VFSK4U ingin merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang dilaporkan berlaku di kawasan Gerik, Perak.

Dalam saat yang sukar ini, marilah kita bersama-sama menitipkan doa dan memberikan sokongan moral kepada semua yang terkesan.

Al-Fatihah.

Volunteer, Empower, Inspire




Want your school to be the top-listed School/college in Tanjung Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tanjung Malim
35900