08/06/2026
KAMI JUGA ANAK ORANG SUSAH
1. Saya & TNCHEPA adalah anak orang susah. Arwah bapa saya hanyalah seorang penjaga pasar, arwah ibu saya p**a seorang suri rumah tangga.
2. TNCHEPA adalah anak yatim yang dibesarkan oleh ibunya yang berkerja sebagai penoreh getah.
3. Namun berkat iltizam untuk menyambung pelajaran dan mengubah nasib keluarga. Diiring barakah & karamah bumi Mua'llim & Universiti Pendidikan Sultan Idris, kami berdua berjaya keluar dari kepompong kemiskinan, sekaligus mengubah nasib keluarga.
4. Alhamdulillah petang semalam sempat kami mengunjungi Adik Athirah untuk menyampaikan bantuan pendaftaran ke UPSI.
5. Adik Athirah ditawarkan ke Program Diploma Turath Islami di UPSI. Ayahnya seorang pemandu lori kedai hardware manakala ibunya adalah seorang suri rumah. 4 orang adik beradiknya masih bersekolah. Rumah mereka dibina melalui projek bantuan komuniti dari UNIMAS.
6. Bergenang gak air mata kami berdua menyaksikan kepayahan hidup mereka. Terbayang kesusahan kehidupan kami sebelum ke UPSI dahulu.
7. Setelah menghulurkan bantuan wang tunai RM 1500 & bakul makanan, Sempat saya titipkan pesanan pada Athirah dengan suara yang bergetar & sebak.
8. “UPSI adalah universiti karamah. Ia mengubah nasib bangsa dari biasa biasa menjadi luar biasa.
Belajarlah bebetul & ubah nasib keluarga. Sesungguhnya anak anak adalah harapan & pelaburan masa hadapan oleh kedua ibu bapa.
Bila berjaya nanti, balaslah jasa kedua ibu bapa.
Ibu bapalah punca barakah kehidupan kita.
Ibu bapalah punca kejayaan kita.
Merekalah letaknya syurga kita......“
9. Al-Fatihah buat mak & abah.
Kerana dengan pendidikan mereka ubah nasib kami berdua.
Terima kasih atas segalanya
08/06/2026
TAHNIAH & SELAMAT BERTUGAS 🎉
Tahniah kepada Encik Mohd Ariff Fikri Bin Abdul Hadi Kamel, Puan Farahanis Binti Md Fadzil dan Cik Adibah Yasmin Binti Abdul Razak atas pelantikan berkuatkuasa mulai 3 Jun 2026.
Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi! ✨
08/06/2026
📌 MAKLUMAN AGIHAN ZAKAT WEZAS UPSI (JUN 2026)
Alhamdulillah, Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) UPSI telah menyalurkan Agihan Zakat hasil daripada Kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Zakat (Kali Ke-112 Bil. 04/2026).
Sebanyak RM313,395.15 dana zakat telah diagihkan bagi bulan Jun 2026 demi menyantuni kebajikan warga UPSI.
Terima kasih diucapkan kepada semua pembayar zakat. Sumbangan anda amat bermakna dalam membantu meringankan beban dan memacu kejayaan para pelajar kita. 🤝✨
08/06/2026
UPSI helps terengganu softball athlete continue her studies - Life News Agency
By Bazli Razak JERTEH, June 6, 2026 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) has extended financial assistance to a softball athlete from Terengganu, who comes from a low-income family, to pursue her diploma studies through financial aid provided ahead of her registration for the 2026/2027 Acad...
08/06/2026
Bantuan Kebajikan Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris
08/06/2026
UPSI bantu atlet sofbol Terengganu lanjutkan pengajian
JERTEH: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membantu seorang atlet sofbol Terengganu yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma menerusi penyaluran bantuan kewangan menjelang pendaftaran kemasukan bagi Sesi Akademik 2026/2027.
https://suaratimur.com.my/?p=11558
SILA LIKE & FOLLOW PORTAL SUARA TIMUR
07/06/2026
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus komited memastikan tiada pelajar tercicir daripada melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi akibat kekangan kewangan apabila menghulurkan bantuan kepada seorang pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah menjelang pendaftaran pengajian.
Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, universiti itu sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan mahasiswa khususnya mereka yang berasal daripada keluarga B40 agar dapat meneruskan pengajian tanpa dibebani masalah kewangan.
https://demirakyatchannel.my/2026/06/upsi-bantu-anak-pemandu-lori-b40-masuk-universiti/
07/06/2026
6 Jun 2026 | Jerteh, Terengganu
Alhamdulillah, saya bersama Timbalan Naib Canselor - Akademik & Antarabangsa UPSI dan En. Abdul Ghani Mansor (BHEP) mewakili UPSI menyampaikan bantuan awal bagi meringankan beban kewangan menjelang hari pendaftaran pada 9 Jun ini.
Siti Nor Ba'iyah, 18, yang ditawarkan mengikuti pengajian Diploma Sains Sukan dan Kejurulatihan bagi Sesi Akademik 2026/2027, merupakan atlet sofbol yang pernah mewakili Terengganu ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dari tahun 2021 hingga 2024.
Bagi menyokong persediaan pendaftaran, UPSI melalui Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) telah meluluskan Skim Bantuan Khas Kemasukan Semester Satu berjumlah RM1,500 untuk menampung kos pengajian beliau.
Siti Nor Ba'iyah dijadual mendaftar di kampus UPSI, Tanjong Malim, Perak pada Selasa ini (9 Jun).
https://epena.com.my/index.php/2026/06/07/upsi-bantu-atlet-sofbol-terengganu-lanjutkan-pengajian/
05/06/2026
📢 AGIHAN ZAKAT UPSI 2026
Alhamdulillah, sejumlah RM784,209.95 dana zakat telah berjaya diagihkan bagi tempoh Januari hingga April 2026, memberi manfaat kepada 1,355 pelajar, 42 kakitangan serta institusi yang memerlukan melalui pelbagai skim bantuan kebajikan dan pendidikan.
Semoga agihan ini dapat meringankan beban penerima serta menyokong kecemerlangan dan kesejahteraan warga UPSI.
✨ Terima kasih kepada semua pembayar zakat atas kepercayaan dan sumbangan yang diberikan. Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan yang berpanjangan.