Perintis Bahasa Etnik

Perintis Bahasa Etnik

Share

PERSATUAN PERINTIS BAHASA ETNIK, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS(UPSI)

19/05/2026

Selamat Hari Guru Malaysia 2026 🌸✨
“Guru Bitara Nadi Negara”

Buat semua anak didik kami di arena pendidikan, teruslah melangkah dengan ilmu, adab dan harapan. Setiap huruf yang diajar, setiap nilai yang dipupuk, dan setiap doa yang dititipkan adalah cahaya buat masa depan bangsa.

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang tidak pernah lelah membimbing, mendidik dan menyantuni jiwa manusia. Semoga segala jasa dan pengorbanan sentiasa diberkati.

Ikhlas daripada
Jabatan Bahasa Etnik
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris 💙

19/05/2026

Our deepest appreciation and heartfelt thanks to YBrs. Dr. Saripah anak Banseng for her dedication, commitment and leadership while serving as Acting Head of the Department of Ethnic Languages from 1 January 2026 to 31 March 2026.

Her valuable service and contribution are sincerely appreciated in strengthening the direction of the Department of Ethnic Languages and advancing ethnic language education at UPSI.

Thank you for your dedication and leadership.

19/05/2026

Heartiest congratulations to YBrs. Dr. Muhamad Fadzllah bin Hj. Zaini on his reappointment as Head of the Department of Ethnic Languages, effective from 1 April 2026 to 31 March 2028.

May this reappointment further strengthen the department’s leadership in advancing ethnic languages, academic excellence and meaningful contributions to the university, communities and the nation.

Congratulations and best wishes.

06/05/2026

[*SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER*]

Tabi Basa, Kopisanangan, Bor Sejahtere✨

Persatuan Perintis Bahasa Etnik ingin mengucapkan selamat menjalani cuti semester kepada semua mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda, Univerisiti Pendidikan Sultan Idris.

Jaga diri, keselamatan dan kesihatan walau di mana anda berada. Semoga kembali nanti dengan semangat baharu dan lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran.

"Berilmu, Bermasyarakat, Berkepimpinan💚"




29/04/2026

KETAHUI ETIKA DIGITAL 💻

Tabi basa, Kopisanangan dan Bor Sejahtere ✨

Adakah anda tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan bijak di alam digital?🤔

Jom kita bersama-sama memahami dan mengamalkan etika digital dalam kehidupan seharian!

💡Etika digital mengajar kita untuk berkomunikasi secara sopan, bertanggungjawab dan berhemah ketika menggunakan internet dan teknologi.

Antara amalan yang boleh kita praktikkan:
✅ Gunakan bahasa yang sopan
✅ Minta izin sebelum berkongsi
✅ Semak kesahihan maklumat

Elakkan:
❌ Menghina atau membuli dalam talian
❌ Berkongsi maklumat peribadi
❌ Menyebarkan berita palsu

Jadilah pengguna digital yang bijak! Fikir sebelum hantar, jaga privasi dan sebarkan perkara positif. 💖

"Berilmu, Bermasyarakat, Berkepimpinan💚"




24/04/2026

ECO-TECH: GENERASI BIJAK, ALAM TERJAGA 🌍♻️

Tabi Basa, Kopisanangan dan Bor Sejahtera.✨

Alam sekitar merupakan anugerah yang amat berharga kepada kehidupan manusia. Namun begitu, sikap tidak bertanggungjawab serta penggunaan sumber secara berlebihan telah menyebabkan pelbagai masalah alam sekitar semakin membimbangkan. Oleh itu, teknologi hijau hadir sebagai solusi moden demi menjamin kesejahteraan bumi pada masa hadapan. 🌱💻

💚 “Teknologi Bijak, Alam Berjaya!”

Ikhlas daripada,
Biro Kepimpinan Teknologi dan Digital
Persatuan Perintis Bahasa Etnik

Berilmu, Bermasyarakat, Berkepimpinan💚





17/04/2026

[SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAH]

Tabi basa, Kopisanangan & Bor Sejahtera ✨

Kami daripada warga Persatuan Perintis Bahasa Etnik (PERINTIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada

Dr. Nur Faaizah Binti Md Adam

atas kejayaan sebagai penerima Geran Nasional bagi penyelidikan bertajuk “Peranan dan Sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam Memperkembangkan Syiar Islam di Negeri Pahang”.

Penghargaan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) selaku pemberi dana, serta terima kasih atas sumbangan sebanyak RM10,000.00.

Sekalung penghargaan turut diberikan kepada semua penyelidik bersama yang terlibat. Semoga kejayaan ini terus memacu kecemerlangan penyelidikan dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Ikhlas daripada,
Persatuan Perintis Bahasa Etnik Universiti Pendidikan Sultan Idris

"Berilmu, Bermasyarakat, Berkepimpinan"

Photos from Perintis Bahasa Etnik's post 13/04/2026

[ SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAH ]

Tabi Basa, Kopisanangan, Bor Sejahtere✨

Kami daripada seluruh kepimpinan selurah warga Persatuan Perintis Bahasa Etnik (PERINTIS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada

1)Romeo Ajut Anak Plemon Bujang
2)Nicholas Undie Anak Richard
3)Clave Glenniever Suani
4)Emiza A/P Uda
5)Patricia Natasha Anak Frankie
6)Sabrina Sukor

atas penglibatan sebagai AJK TERBAIK dalam Program

ETNOHERITAGE DIGITAL INFOGRAPHIC 2026

Ikhlas daripada
PERINTIS||UPSI💚

“Berilmu, Bermasyarakat, Berkepimpinan”



13/04/2026

PANDUAN MEMBUAT PLATFORM
E-PEMBELAJARAN📚

Tabi Basa, Kopisanangan dan Bor Sejahtera.✨

Selaras dengan perkembangan teknologi kini, e-pembelajaran semakin menjadi pilihan utama. Kemajuan dalam akses internet, serta penggunaan platform pembelajaran digital telah membuka peluang pembelajaran yang lebih fleksibel dan interaktif. 🔎💻

Panduan Asas Membuat Platform E-Pembelajaran ini dapat membantu anda memahami proses pembinaan platform digital yang efektif dan mudah digunakan.

Langkah-Langkah Utama Membuat
E-Pembelajaran

1.💡Tentukan Tujuan dan Keperluan Pengguna
2.💡Pilih Nama Domain dan Hosting
3.💡Pilih Platform atau LMS (Learning Management System)
4.💡Rancang Struktur Kursus
5.💡Integrasi Kuis dan Penilaian
6.💡Uji dan Lancarkan

Ikhlas daripada,
Biro Kepimpinan Teknologi dan Digital
Persatuan Perintis Bahasa Etnik 2025/2026

Berilmu, Bermasyarakat, Berkepimpinan💚




Want your school to be the top-listed School/college in Tanjung Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim
35900