Universiti Pendidikan Sultan Idris

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Share

Official page for Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). UPSI was established on 1st May 1997.

UPSI tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerugian dan kerosakan serta kehilangan data yang berlaku akibat daripada penggunaan laman web ini. UPSI shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Photos from Universiti Pendidikan Sultan Idris's post 05/06/2026

🎓 UPSI Prihatin, Kami Sedia Membantu

Jangan biarkan kekangan kewangan menghalang impian untuk melanjutkan pengajian. 💙

UPSI menyediakan pelbagai bentuk bantuan kebajikan dan sokongan pelajar bagi memastikan kebajikan, kesejahteraan serta kelangsungan pengajian sentiasa terpelihara.
✅ Bantuan kewangan & pinjaman
✅ Bantuan zakat dan kebajikan pelajar
✅ Bantuan makanan & food bank siswa
✅ Sokongan inklusif untuk OKU
✅ Bantuan komputer dan keperluan pembelajaran
✅ Pelbagai inisiatif kebajikan lain untuk membantu pelajar yang memerlukan

Daftarlah di UPSI, kami sedia membantu anda berjaya!

04/06/2026

Satu lagi lakaran sejarah buat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)!

UPSI secara rasminya telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama lima industri terkemuka tanah air demi memperkukuh hubungan strategik antara dunia akademik dan industri kreatif negara.

Kolaborasi ini bukan sahaja membuka ruang sinergi dalam bidang teknologi hijau, media, dan komunikasi, malah memberikan peluang keemasan buat pelajar UPSI untuk menimba pengalaman industri yang lebih kompetitif dan relevan dengan pasaran semasa. 💼💻

👉 Klik pautan ini untuk membaca buletin penuh (Bil 21: 25 Mei 2026): https://www.upsi.edu.my/2026-newsletter

03/06/2026

Bantuan Kebajikan Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris






UPSI tanggung kos pendaftaran pelajar B40 cemerlang 03/06/2026

Terima kasih Malaysia Tribune

Berita penuh>>

UPSI tanggung kos pendaftaran pelajar B40 cemerlang KUALA LUMPUR – Impian seorang pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian menjadi kenyataan apabila Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyalurkan bantuan kewangan segera bagi menampung kos pengajian dan pendaftarannya. Bantuan berjumlah RM2,207.55 i...

UPSI bantu Amirul Ashraf teruskan pengajian diploma 02/06/2026

Terima kasih Kosmo Online

Berita penuh>>

UPSI bantu Amirul Ashraf teruskan pengajian diploma Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menghulurkan bantuan segera berjumlah RM2,207.55 kepada seorang bakal pelajar cemerlang daripada keluarga B40 bagi memastikan impiannya melanjutkan pengajian ke peringkat diploma tidak terhalang akibat kekangan kewangan.

01/06/2026

PENDIDIKAN TINGGI UNTUK SEMUA! 🎓✨

​Buat pelajar B40 yang bakal mendaftar ke universiti, kewangan bukan lagi penghalang. Pelbagai inisiatif dan bantuan telah disediakan oleh pihak Kerajaan, KPT, dan IPT demi memastikan masa depan anda terjamin—daripada bantuan kewangan, kos sara hidup, hinggalah urusan semasa pendaftaran.

​Jangan lepaskan peluang ini. Jom daftar! 👇

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Naib Canselor, Barisan Pengurusan Universiti serta seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Seluruh warga UPSI mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilanjutkan usia, diberkati kesihatan yang berpanjangan, dan kekal bertakhta di atas singgahsana kebesaran dengan penuh kedaulatan, keadilan, serta rahmat-Nya.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

Photos from Universiti Pendidikan Sultan Idris's post 31/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI 2026

Want your school to be the top-listed School/college in Tanjung Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00