Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh - PPMR

Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh - PPMR

Share

Halaman rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh (PPMR)

27/05/2026

✨ π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ ✨

β€œDaging dan darah haiwan korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.”
β€” Surah Al-Hajj: 37

Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan, mempererat ukhuwah serta menyemai rasa syukur dalam hati kita semua 🀍.

Ikhlas daripada:
Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh (PPMR)

" MEMACU SISWA BERILMU DAN BERKEBAJIKAN "

Photos from Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh - PPMR's post 19/05/2026

[[Daurah Haji PPMR 1447H]]

Lajnah Dakwah dan Tarbiah PPMR telah mengadakan daurah ringkas sempena menyambut kedatangan musim Haji 1447H melalui sesi Mudarasah Kitab al-Manasik yang daripada kitab Umdat at-Talib karangan Sheikh Mansur al-Buhuti.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Dakwah dan Tarbiah PPMR ini berlangsung pada setiap petang Jumaat, bermula 17 April dan berterusan selama 4 minggu.

Pengisian telah disampaikan oleh saudara Afiq Jo yang membahaskan Fiqh Manasik berdasarkan Mazhab Hanbali sebagai persediaan menghadapi musim haji, di samping mengukuhkan kefahaman para peserta dalam ibadah yang berkaitan.

Semoga program ini memberi manfaat berterusan dan menjadi asbab peningkatan ilmu serta amal dalam kalangan peserta. 🀍

"MEMACU SISWA BERILMU DAN BERKEBAJIKAN"

Photos from Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh - PPMR's post 19/05/2026

[[Kejohanan Futsal PPMR 25/26]]

β€œDi gelanggang kita bersaing, di luar gelanggang ukhuwah kekal terjalin!”

Alhamdulillah, Kejohanan Futsal PPMR 25/26 yang berlangsung pada 16 Mei yang lalu telah berjalan dengan penuh meriah dan semangat kesukanan.

Sorakan, kerjasama sepasukan dan semangat juang yang dipamerkan bukan sahaja menceriakan pertandingan, malah menjadi medium mengeratkan silaturrahim sesama pelajar Malaysia di Riyadh. πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan aksi terbaik di gelanggang. Semoga program seperti ini terus menjadi ruang untuk kita membina ukhuwah, menjaga kesihatan dan mencipta kenangan bersama. ✨

Lajnah Sukan Dan Rekreasi PPMR

Photos from Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh - PPMR's post 09/05/2026

πŸ•‹ KURSUS HAJI RAKYAT MALAYSIA RIYADH 2026 πŸ•‹

RIYADH - Satu kursus haji telah berjaya dianjurkan di Rumah Malaysia pada hari Sabtu, 2 Mei 2026 yang lalu.

Kursus ini yang merupakan hasil kerjasama PPMR, Komuniti Rakyat Malaysia Riyadh (KRMR) dan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, telah berjaya menghimpunkan warga Malaysia di Riyadh yang bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini, sebagai persiapan bagi menjalani ibadah yang agung ini.

Antara pengisian utama program:

πŸ•Œ Sesi 1: Pengenalan Ibadah Haji (Falsafah & Fiqh) β€” Ust. Anas
πŸ•Œ Sesi 2: Perjalanan Haji (Kronologi Hari Per Hari Ibadah Haji) β€” Ust. Izzat
πŸ•Œ Sesi 3: Sambungan Perjalanan Haji β€” Ust. Danial
πŸ•Œ Sesi 4: Praktikal Ringkas Ibadah Haji & Sesi Soal Jawab

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada para peserta serta menjadi bekalan buat mereka sepanjang menunaikan ibadah haji, sekaligus memperoleh haji yang mabrur, insha-Allah.

"MEMACU SISWA BERILMU DAN BERKEBAJIKAN"

25/04/2026

[ PERMOHONAN STUDY IN SAUDI 2026 ]

Permohonan pendaftaran pengajian di Arab Saudi bagi Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana & Kedoktoran kini telah dibuka melalui platform rasmi Study in Saudi bermula 19 April hingga 21 Mei 2026.

Para pelajar yang berminat disarankan untuk merebut peluang ini dengan mengemukakan permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Permohonan boleh dibuat melalui laman rasmi berikut:
studyinsaudi.sa

Sehubungan itu, semua pemohon digalakkan untuk memastikan dokumen lengkap serta mengikuti setiap prosedur permohonan dengan teliti bagi melancarkan proses pendaftaran.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan berjaya dalam permohonan masing-masing. ✨

"MEMACU SISWA BERILMU DAN BERKEBAJIKAN"

20/03/2026

[[Ucapan Lebaran Persatuan Pelajar Malaysia]]

Di hari yang mulia ini, kami, Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh pelajar, keluarga dan rakyat Malaysia di Riyadh.

Di sebalik jarak dan perantauan, Aidilfitri tetap menyatukan hati β€” dalam doa, dalam ingatan, dan dalam kasih sayang yang tidak pernah terpisah. Inilah waktu untuk kita saling memaafkan, mensyukuri nikmat, dan mengeratkan kembali ikatan yang mungkin teruji oleh waktu dan jarak.

Semoga segala amal sepanjang Ramadan diterima, dan semoga Syawal ini membawa ketenangan, kebahagiaan serta keberkatan yang berpanjangan buat kita semua.

πŸŒ™βœ¨ Selamat Hari Raya Aidilfitri! βœ¨πŸŒ™

β€œMEMACU SISWA BERILMU DAN BERKEBAJIKAN”

Want your school to be the top-listed School/college in Riyadh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Riyadh